Wednesday, July 9, 2014

Apa itu Avent Y-Cut Teat??

Just to share..

Ramai customer yang confuse dengan puting Avent ni,sebab Avent ada 3 jenis puting  iaitu:

1. Puting Biasa (Flow 1,2,3 &4)
2. Variable Flow (Puting Boleh Laras)
3. Puting Y-Cut (Thicker Liquid)

Avent Y-Cut Teat adalah puting avent yang lubangnya berbentuk "Y".Puting "Y-Cut" ni sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.Jom kite tengok gambar di bawah untuk lebih senang faham..:)..Tengok kat muncung puting tu bentuk "Y".



Puting "Y-Cut" ni adalah untuk "Thicker Liquid",sebagai contoh untuk susu yang pekat, atau ada campuran cereal ke dalam susu, so puting "Y-Cut" ni adalah paling sesuai digunakan.Puting "Y-Cut" ni flow dia adalah lebih laju dan sesuai untuk bayi yang kuat hisap susu.Selalunya,puting "Y-Cut" ni digunakan untuk anak-anak yang dah lebih setahun umurnya,sebab biasanya ibu-ibu ada masalah puting selalu koyak sebab anak gigit.Jika anda mencari puting "Y-Cut",check packaging yang ada label "Y-Cut" macam gambar kat bawah ni.



Dulu "Y-Cut" ni ada untuk botol Classic Design sahaja,tapi sekarang,untuk Natural Design pun dah ade "Y-Cut" macam gambar kat bawah ni.


Jika anak anda dah berusia 6 bulan atau setahun ke atas, tetapi boleh gunakan puting lubang biasa, dicadangkan untuk menggunakan Puting "Flow 4"  - Yang mempunyai 4 lubang.


Puting "Y-Cut" ni kirenya untuk special case,if dah bagi anak guna Flow 4 pun tapi anak macam tak puas hisap susu sampai gigit2 puting,so boleh la try "Y-Cut" ni.Sebab Flow "Y-Cut" ni memang laju if guna untuk susu biasa,sebab "Y-Cut" ni untuk "Thicker Liquid" tetapi memang akan ada budak yang perlukan "Y-Cut" Teat ni untuk minum susu biasa especially jika anak da berumur 2 tahun ke atas.

Hope entry ni serba sedikit membantu anda memahami puting Avent..:)

Jika berminat untuk dapatkan puting Avent, boleh tengok di Labels "Avent" atau visit page Little Buddiez.


No comments:

Post a Comment