Dalam Entry ni saya nak explain sikit mengenai perbezaan antara Botol Philips Avent Classic dan Natural.
Untuk makluman,Philips Avent ni ada 2 jenis design botol,satu Classic and lagi satu adalah Natural. Try tengok gambar bawah ni.Yang botol ade curve skit tu,tu adalah natural design,botol yang straight tu ialah classic design.
Natural design ni adalah design yang terbaru daripada Avent, manakala Classic ni kira design evergreen.Memang awal2 Avent keluar dengan "Classic Design" sehingga sekarang Classic Design still ade peminat yang tersendiri..:)
Selain bentuk yang berbeza,Philps Avent Classic mempunyai "Ring",refer gambar dibawah untuk lebih senang faham ye."Ring" ni mesti kena letak dengan Botol Classic.Jika tak letak,susu akan meleleh keluar."Ring" ini juga berfungsi untuk kurangkan "Air Flow into baby's tummy",kire ring ni berfungsi sebagai "Anti-Colic".Walaupun classic design ni ada ring,tapi mudah je nak gunakan dan pasang ring tu.
Manakala Avent Natural pulak tidak mempunyai ring.Just pasangkan macam biasa,tanpa perlu ring.Untuk natural botol ni,sebab botol ni adalah "improved design",maka ada penambahbaikan kat botol tu.Antaranya botol Natural ni mempunyai advanced anti-colic (Anti-kembung).
Dari segi puting botol pulak,puting botol classic lebih panjang berbanding puting botol natural yang lebih menyerupai "Breast Shape".Penambahbaikan terhadap puting ni adalah untuk kurangkan "Nipple confusion" dikalangan bayi-bayi kecil. Secara teorinya,jika ada yang bertanya design mana satu yang lebih baik,mestilah design yang terbaru "Natural Design" kerana natural design ni adalah improved design daripada classic,tetapi secara praktikalnya,lain-lain bayi,lain-lain citarasa,so sebab tu walaupun Avent dah ade design baru,Classic tetap menjadik pilihan hati..:).Ada jugak baby yang tak kisah,pakai classic pun boleh,pakai natural pun boleh,ikut pada selera masing-masing.
Sebelum saya terlupa,puting botol Natural Design ni dia bentuk "Petal",bentuk kelopak bunga macam tu.Puting lebih lebar and pendek,berbanding puting classic kurang lebar tetapi agak panjang sedikit daripada natural.
Kedua-dua botol design Natural and Classic ni,materialnya adalah "PP" (Polypropylene) dan BPA FREE,selamat digunakan untuk bayi anda.
Bagi penggemar Botol Avent,dulu Avent ade keluarkan botol material "PES" (Polyethersulfone), design Classic.Tapi sekarang,selepas keluar Botol Natural,penggeluaran botol "PES" memang dah sangat kurang and hampir takde.PES ni material dia lebih keras berbanding PP.Sesetengah orang panggil PES ni Honey Tinted,sebab PES ni warna dia mcm keperang-perangan gitu,berbanding PP yang putih keruh.Tapi,PP ni jugak terdapat dalam warna-warna lain dan jugak corak-corak lain.
Semoga entry saya membantu bagi yang sedang survey2 botol untuk anak anda..:)
nak tanya..boleh x teats utk natural design pakai dekat classic design? ad mslh x kalau pakai teats yg lain dr design?
ReplyDeletesetahu saya. tidak boleh. classic untu classic. natural untul natural.
DeleteNak tanya, kalau avent classic nk tukar puting, puting jenis avent classic jeke boleh tukar? Puting jenis lain boleh tak?
ReplyDelete.betul. puting jenis lain. tidak boleh.
Delete