Friday, July 11, 2014

Bagaimana cara yang betul nak menjaga luka bersalin?

Just to share...

Disini saya nak share sedikit "Tips" untuk menjaga luka bersalin normal berdasarkan pengalaman. Luka bersalin adalah disebabkan proses Episiotomi.

Apa itu Episiotomi?




Rujuk gambar di atas untuk lebih senang faham.Episiotomi adalah teknik memotong dibahagian kemaluan yang dinamakan perineum.Perineum adalah terletak di antara lubang faraj dan dubur.Berdasarkan pengalaman sendiri,episiotomi yang biasa dilakukan adalah "Mediolateral Incision".Potongan dilakukan secara menyerong.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan episiotomi.Antaranya bagi kelahiran pertama,selalunya episiotomi akan dilakukan.Kadang-kadang,"procedure" di tempat bersalin yang mewajibkan episiotomi dilakukan.

Episiotomi ni ada baik dan buruknya.Yang baiknya,episiotomi ni akan mempercepatkan proses kelahiran,sebab masa dah sakit nak bersalin tu,dah tak fikir apa,cuma nak cepat bayi keluar je.Jadik,episiotomi membantu mempercepatkan proses bersalin.Selain itu,episiotomi ini juga dapat mengurangkan koyakan yang lebih besar dibahagian kemaluan.Kerana itu, ada sesetengah Hospital Bersalin Persendirian mewajibkan episiotomi.Tetapi untuk keadaan sekarang, di sesetengah negara, episiotomi tidak selalu diamalkan.Yang buruknya episiotomi ni..Mestilah sakitnya..:)..Sakit episiotomi ni akan terasa selepas proses bersalin.Sebab luka episiotomi ni perlu dijahit.Bahagian yang kena jahit tu akan rasa sakit lepas dah bersalin.Berdenyut-denyut gitu.

Di Malaysia pulak (Hospital Kerajaan),sepanjang pengetahuan saya,untuk kelahiran pertama,biasanya Episiotomi dilakukan,untuk kelahiran seterusnya,jika tiada masalah,sebolehnya doktor akan elakkan episiotomi.

Luka yang disebakan proses episiotomi ni perlu dijaga dengan baik untuk elakkan jangkitan kuman atau jahitan terbuka.Di sini saya nak share sedikit cara menjaga luka jahitan berdasarkan pengalaman saya.

Mudah je caranya iaitu:

1. Basahkan sedikit tempat luka,jika selepas buang air besar atau kecil,basuh seperti biasa.
2. Kemudian,haruslah dilap dengan kering menggunakan kain yang bersih.Tekan perlahan-lahan kat tempat 
    luka tu.
3. Sapukan "Ubat Kuning".Ubat kuning ni,jika tempat anda bersalin tak bagi,boleh beli di Farmasi (Losyen 
    Kuning Cap Kaki Tiga).Harga dalam RM 4.00 sebotol.Beli lebih sikit.Sebab ubat kuning ni ada 
    antiseptik untuk elakkan jangkitan kuman,jadi selepas dah lap kering luka tu,bagus disapukan setiap kali 
    selepas anda buang air.
4. Jika luka anda dah bertambah baik,boleh juga letakkan Minyak Nonaroguy (Minyak Herbanika) di pad 
    anda atau jika tengok luka memang dah semakin ok,boleh jugak letak terus Minyak Hermanika NR di 
    luka anda.Ni yang saya lakukan.(Bergantung kepada kesesuaian masing-masing)
5. Akhir sekali,jika ada kesempatan,biarkan luka anda kena angin.Sekejap pun takpe,just bagi ada aliran 
    udara di luka untuk elakkan lembap.

Bagi yang berani,boleh tengok luka anda di cermin untuk pastikan yang luka telah dibersihkan dengan betul.Sebab jika cuci tak bersih,selain jangkitan kuman,peluh yang melekat diluka jahitan boleh menyebabkan jahitan terbuka (Ni menurut nurse yang datang check di rumah).

Masa saya bersalin yang pertama dulu,ada jugak guna manjakani.Manjakani ni pun bagus untuk luka,tapi sebab leceh nak kena "asah".Jadik untuk yang second ni,saya decide untuk gunakan Minyak Herbanika NR sahaja.Jika jahitan dah rasa ok,tapi macam kat perineum macam ada rasa perit-perit lagi,tiada masalah untuk sapukan je Minyak NR tu,tidak memudaratkan.

Bestnya Minyak Herbanika NR ni,selain bagus untuk luka,bagi yang tak berapa suka nak gunakan "Pilis" kat dahi tu,boleh gantikan dengan Minyak Herbanika NR ni,sebab minyak Herbanika NR ni berfungi "Tarik Angin".Lagi satu,Minyak Herbanika NR ni juga boleh guna untuk sapu kat perut bayi anda.Boleh gunakan sebagai minyak telon.Minyak Herbanika NR ni lepas pakai,akan rasa berangin sejuk macam tu.

Harap,maklumat yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca..:)

*Picture credit to Google Image

1 comment:

  1. Salam..nk tnya minyak herbanika tu kalo baru 6hari dh bole letak ke?

    ReplyDelete