Tuesday, December 23, 2014

Cara Mudah Bersalin

Di sini saya ingin kongsikan cara untuk memudahkan proses bersalin anda.Ada cara yang boleh diamalkan semasa hamil dan ada cara yang boleh dicuba semasa di dalam dewan bersalin.

Cara 1:
Semasa Hamil

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil.Anda boleh mencuba urutan perineum seawal usia kandungan 34 minggu.Urutan perineum ini boleh mengurangkan koyakan semasa bersalin dan mengelakkan episiotomi.

Urutan perineum adalah dengan memasukkan jari kedalam vagina untuk meregangkan tisu otot perineum.


Bagaimana cara melakukan urutan perineum?

Urutan dilakukan selepas mandi atau pastikan anda berada di dalam keadaan bersih.Urutan perlu dilakukan sekurang-kurangkan 1-2 kali sehari untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

1. Pastikan tangan dan jari anda bersih sebelum melukan urutan.Kuku juga haruslah pendek dan bersih.

2. Urutan dilakukan dalam keadaan mencangkung atau boleh juga dilakukan dengan cara menaikkan kaki sebelah jika bersandar.Urutan perlu dilakukan dalam keadaan tenang.

3. Gunakan 1 atau 2 jari dan masuk sedalam 1 hingga 1.5 inci ke dalam vagina.Tekan jari anda ke arah bawah (ke arah dubur) untuk meregangkan perineum.

4. Biarkan regangan selama 1 - 2 minit dan tarik nafas semasa melakukan urutan ini.

5. Urutan perlu dilakukan dalam gerakan "U" (ke kiri dan ke kanan).

6. Urutan perlu dilakukan beberapa kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Bagi memudahkan proses urutan, boleh gunakan minyak kelapa dara Tanamera (Tanamera VCO) yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia.Penggunaan VCO Tanamera secara konsisten dapat mengurangkan dan mengelakkan koyakan semasa bersalin.




Pada minggu akhir kehamilan, anda boleh minum sedikit VCO Tanamera.Amalan meminum minyak kelapa dara dipercayai dapat memudahkan urusan bersalin anda.Minum dalam anggaran 1 penutup kecil.Pastikan anda minum pada minggu akhir kehamilan sahaja.


Cara 2:
Semasa di Bilik Bersalin

Di sini cara yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri.Sewaktu anda sudah rasa sakit bersalin.Anda boleh lakukan cara seperti di bawah.

1. Baring mengiring sebelah kiri.

2. Apabila rasa sakit "contraction" datang, anda tarik punggung anda sekuat hati dan teran.Lakukan apabila anda rasa sakit sahaja.

3. Tarik punggung menggunakan tangan kanan.Jangan teran jika anda tidak rasa sakit kerana akan menyebabkan koyakan yang besar.

4. Apabila bukaan rahim sudah 9cm, biasanya anda akan dibaringkan terlentang.Cara betul untuk teran adalah anda pegang peha anda, dan teran.

5. Mata perlu fokus di perut untuk memastikan anda ada "focus area.

6. Jika anda teran sekali dan bayi masih belum keluar, ambik nafas seketika dan terus teran sehingga bayi anda keluar.

7. Pastikan jangan keluarkan suara semasa teran. **Part ni susah sedikit.Biasa nurse akan bagi tuala untuk gigit.

8. Sentiasa berfikiran positif.

Apa pun cara, sebenarnya bergantung kepada nurse yang berada di bilik bersalin.Ada nurse yang akan ajar satu persatu cara bersalin (Biasa nurse yang berpengalaman), ada juga yang tidak.

Selain itu, bagi mereka yang bersalin di hospital swasta, ada juga hospital yang membenarkan anda sendiri memilih bagaimana cara untuk anda bersalin.Antara cara yang paling mudah adalah bersalin berdiri.Kerana dengan bersalin berdiri, bayi akan lebih mudah keluar kerana adanya tarikan graviti ke bawah.

Bersalin berdiri juga memberi anda peluang untuk anda berjalan semasa "contraction".Berjalan juga dapat mempercepatkan proses bersalin anda.Bersalin berdiri juga mengelakan anda daripada episiotomi.Amalan bersalin berdiri masih baru di Malaysia tetapi sudah banyak dipraktikkan di negara maju.




Apa pun anda boleh berbincang dengan doktor anda dan memilih cara bersalin yang memudahkan anda.Bagi mereka memilih cara bersalin yang normal, anda boleh juga bersalin tanpa koyakan dan episiotomi dengan cuba cara yang dikongsikan.

*Pictures credit to google

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete